Thursday 14 December 2017

LOKASI AL-GHAZALI HOMESTAY MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS

Al-Ghazali Homestay
No. 320, Jalan Bunga Raya 7
Felda Tementi,
28200 Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.
013-8505536

Al-Ghazali Homestay terletak di perkampungan Felda di Felda Tementi iaitu salah sebuah perkampungan Felda di Felda Gugusan Bera. Terdapat beberapa buah perkampungan Felda yang berdekatan dengan Felda Tementi seperti Rentam (1km), Sebertak (3.4km), Desa Juara (2.7km), Triang 3 (7.9km), Kumai (10km), Purun (18km), Mayam (17km), dan Bukit Kepayang (12km).

Jarak antara Al-Ghazali Homestay dengan Bandar Bera ialah lebih kurang (22km) 20 minit perjalanan menggunakan kereta. Ke bandar Triang (27km) 30 minit. Manakala ke bandar Temerloh lebih kurang (49km) 43 minit driving.

Antara lokasi pelancong ialah Tasek Bera yang terletak 23 km dari homestay (29 minit). Air Terjun Terapai (33km). Air Terjun Bukit Bertangga (10km).

Jalanraya di Felda yang seakan-akan sama kadang kala boleh menyebabkan sesat. Tak jumpa rumah. Berpusing-pusing mencari rumah. Jadi bagi memudahkan tetamu yang ingin mencari Al-Ghazali Homestay, pihak pengurusan telah memasukkan lokasi Al-Ghazali Homestay dalam Google Maps.

Cuma perlu buka aplikasi Google Maps di handphone anda, kemudian taip perkataan "AL-GHAZALI HOMESTAY TEMENTI BERA" di bahagian carian Search here. Google Maps akan menunjukkan lokasi homestay dengan lebih tepat. Google Maps akan guide dari lokasi anda ke lokasi homestay.

Atau klik saja di sini utk ke lokasi:

No comments:

Post a Comment