Thursday, 14 December 2017

LOKASI AL-GHAZALI HOMESTAY MENGGUNAKAN GOOGLE MAPS

Al-Ghazali Homestay
No. 320, Jalan Bunga Raya 7
Felda Tementi,
28200 Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.
013-8505536

Al-Ghazali Homestay terletak di perkampungan Felda di Felda Tementi iaitu salah sebuah perkampungan Felda di Felda Gugusan Bera. Terdapat beberapa buah perkampungan Felda yang berdekatan dengan Felda Tementi seperti Rentam (1km), Sebertak (3.4km), Desa Juara (2.7km), Triang 3 (7.9km), Kumai (10km), Purun (18km), Mayam (17km), dan Bukit Kepayang (12km).

Jarak antara Al-Ghazali Homestay dengan Bandar Bera ialah lebih kurang (22km) 20 minit perjalanan menggunakan kereta. Ke bandar Triang (27km) 30 minit. Manakala ke bandar Temerloh lebih kurang (49km) 43 minit driving.

Antara lokasi pelancong ialah Tasek Bera yang terletak 23 km dari homestay (29 minit). Air Terjun Terapai (33km). Air Terjun Bukit Bertangga (10km).

Jalanraya di Felda yang seakan-akan sama kadang kala boleh menyebabkan sesat. Tak jumpa rumah. Berpusing-pusing mencari rumah. Jadi bagi memudahkan tetamu yang ingin mencari Al-Ghazali Homestay, pihak pengurusan telah memasukkan lokasi Al-Ghazali Homestay dalam Google Maps.

Cuma perlu buka aplikasi Google Maps di handphone anda, kemudian taip perkataan "AL-GHAZALI HOMESTAY TEMENTI BERA" di bahagian carian Search here. Google Maps akan menunjukkan lokasi homestay dengan lebih tepat. Google Maps akan guide dari lokasi anda ke lokasi homestay.

Atau klik saja di sini utk ke lokasi:

Wednesday, 13 December 2017

INGIN MEMBUAT TEMPAHAN AL-GHAZALI HOMESTAY TEMENTI ?



CARA TEMPAHAN

Berikut adalah langkah-langkah membuat tempahan AL-GHAZALI HOMESTAY:

1. Anda boleh menghubungi AL-GHAZALI HOMESTAY secara menelefon atau WhatsApp nombor berikut: 013-850 5536

2. Selepas mendapat pengesahan tarikh check-in dan check-out, anda dikehendaki membayar wang deposit tempahan/kerosakan sebanyak RM100.00 untuk satu malam penginapan. Bayaran sewa perlu dijelaskan ketika pendaftaran masuk (check-in). Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dilakukan oleh anda dalam masa kurang 14 hari dari tarikh daftar masuk, atau berlakunya kerosakan, atau merokok di dalam homestay.

3. Pembayaran wang deposit boleh disalurkan secara bank-in atau transfer ke akaun berikut:


Bank: MAYBANK
Pemegang Akaun: SHARULAZMAN BIN MOHD GHAZALI
No Akaun: 156057237481

4. Setelah anda selesai membuat bayaran deposit, sila WhatsApp (013-8505536) atau e-mel ke alghazalihomestay@gmail.com perkara-perkara berikut kepada kami:
(a) Slip Bayaran
(b) Salinan Kad Pengenalan. (Atau dibawa semasa check-in)
(c) Tarikh Daftar Masuk (check-in) dan Tarikh Daftar Keluar (check-out).
(d) No Telefon / E-mel (jika ada)
5. Slip pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda melalui e-mel atau WhatsApp setelah pembayaran deposit diterima pihak pengurusan AL-GHAZALI HOMESTAY.
6. Jumpa anda semasa hari daftar masuk di AL-GHAZALI HOMESTAY!


"KESELESAAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"
 

AL-GHAZALI HOMESTAY diuruskan oleh:




Tuesday, 12 December 2017

Syarat Penginapan Al-Ghazali Homestay, Bera, Pahang

SYARAT PENGINAPAN AL-GHAZALI HOMESTAY
(FELDA TEMENTI, BERA, PAHANG)


WAKTU CHECK-IN & CHECK-OUT
Daftar masuk / Check-in: 3:00 petang
Daftar Keluar / Check-out: 12:00 tengahari

PENGENALAN DIRI
AL-GHAZALI HOMESTAY hanya membenarkan tetamu yang sah berdaftar sahaja menginap. Tetamu perlu menunjukkan kad pengenalan/pasport kepada pengurus homestay semasa mendaftar masuk (check-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa mendaftar masuk dan wajib menyerahkan satu salinan fotostat kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci rumah kepada wakil.

JUMLAH TETAMU
AL-GHAZALI HOMESTAY tidak menghadkan jumlah penginap di dalam rumah. Namun jumlah yang selesa ialah 12 orang.

 MEROKOK
Atas alasan keselamatan, merokok adalah dilarang sama sekali di dalam rumah. Wang deposit akan ditolak sepenuhnya.

BINATANG PELIHARAAN
Dilarang membawa masuk binatang peliharaan ke dalam rumah.

BARANG LARANGAN
Adalah dilarang membawa arak, makanan tidak halal, dadah atau apa jua barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam rumah.

SAMPAH
Sila buang sampah ke dalam bakul dan tong sampah yang disediakan oleh pihak homestay. Dilarang membuang sampah merata-rata.

KESELAMATAN
Penginap bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, rumah dan barang-barang yang disediakan sepanjang masa menginap di AL-GHAZALI HOMESTAY. Jika ingin keluar meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang atau malam pastikan pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.

SUIS ELEKTRIK
Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penginap hendaklah memastikan semua suis seterika, kipas, lampu, aircond, water heater dan rice cooker ditutup apabila ingin meninggalkan rumah.

DAPUR MEMASAK
Penginap bertangggungjawab sepenuhnya dalam memastikan api dapur memasak ditutup apabila selesai menggunakannya. Pastikan api dapur ditutup sebelum meninggalkan rumah untuk elakkan berlakunya kebakaran dan kejadian yang tidak diingini.

KETENTERAMAN
Penginap tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang berdekatan.

KECURIAN
Tetamu yang menginap di AL-GHAZALI HOMESTAY tidak dibenarkan dengan sengaja merosakkan atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan bagi kemudahan homestay. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak homestay berhak menuntut gantirugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

BARANGAN HOMESTAY
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran dari pihak pengurusan homestay.

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN
Daftar masuk bermula jam 3 petang dan daftar keluar adalah sebelum jam 12 tengahari. Sila patuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam kerja-kerja pembersihan dan housekeeping.

SUSUN ATUR BARANGAN & ALATAN
Pastikan semua barangan dan alatan diletakkan di tempat asal sebelum anda check out



 Jutaan terima kasih kerana memilih AL-GHAZALI HOMESTAY. 
Semoga penginapan anda sekeluarga di AL-GHAZALI HOMESTAY mencoret kenangan manis.

"KESELESAAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"


AL-GHAZALI HOMESTAY
013-8505536

Monday, 11 December 2017

Al-Ghazali Homestay Tementi Bera Pahang



AL-GHAZALI HOMESTAY TEMENTI BERA PAHANG [Muslim sahaja]


AL-GHAZALI HOMESTAY adalah sebuah rumah banglo di atas tanah berkeluasan suku ekar dengan suasana perkampungan Felda. AL-GHAZALI HOMESTAY menawarkan penginapan bagi keluarga besar dengan persekitaran yang sangat selesa, bersih dan kemas.

Di mana tu?
AL-GHAZALI HOMESTAY
No 320, Jalan Bunga Raya 7, 
Felda Tementi, 28200 Bandar Bera, 
Pahang Darul Makmur.
013-8505536 

Google map (klik je sini utk ke lokasi):


Apa kemudahan yang ada? 3 Bilik Tidur Aircond, 2 Bilik Air dan banyak lagi kemudahan seperti di bawah ini...

1. Bilik Tidur 1


* Bilik Selesa (Saiz 12' x 12')
Katil Bersaiz Queen
* bantal 4 unit
* selimut 1 + 1 spare
* Almari Pakaian (Panjang 6')
* Meja Solekan
* Meja Tepi
* Penyaman Udara 1 Horse Power
*Kipas Siling
*Penyidai Tuala Mandi
*Bakul Pakaian Kotor
*Tuala Mandi (2 Helai)
*Sejadah
*Telekung 
*hiasan dinding
*Penyangkut seluar
*Karpet
*******


2. Bilik Tidur 2


* Bilik Selesa (Saiz 12' x 12')
* Katil Bersaiz Queen
* 4 biji bantal tidur
* 1 selimut + 1 selimut spare (dalam almari)
* Almari Pakaian (Panjang 8')
* Meja Solekan
* Meja Tepi
* Penyaman Udara 1 Horse Power
*Kipas Siling
*Penyidai Tuala Mandi
*Bakul Pakaian Kotor
*Tuala Mandi (2 Helai)
*hiasan dinding
*Sejadah
*Telekung
*Penyangkut pakaian di pintu
*Karpet
********

3. Bilik Tidur 3


* Bilik Selesa (Saiz 12' x 12')
* Katil Bersaiz Queen
* 4 biji bantal
* 1 selimut + 1 spare
* Almari Pakaian (Panjang 6')
* Meja Solekan
* Meja Tepi
* Penyaman Udara 1 Horse Power
*Kipas Siling
*Kipas Berdiri
*Penyidai Tuala Mandi
*Bakul Pakaian Kotor
*Tuala Mandi (2 Helai)
*Penyangkut pakaian
*hiasan dinding
*Karpet
*Sejadah
*Telekung 
*******

4. Ruang Tamu



*Set Sofa (1+2+3)
* Coffee table
* Kipas Siling (6 unit)
*Meja Makan (8 Kerusi)
*Bunga hiasan
*Karpet

*Set Kerusi Sisi
*Meja tepi
* Bunga hiasan

5. Ruang Keluarga

*Kabinet TV
*TV Astro Njoi
*Kipas Siling (2 unit)
*Kipas Berdiri (2 unit)



*Set Sofa (7 tempat duduk)
*Karpet
* Bunga hiasan
* hiasan dinding

6. Ruang Seterika


 *Seterika dan Iron Board

* Tempat Penyangkut Pakaian
* Kerusi Malas

7. Pantri



8. Dapur
* Ruang dapur dengan kelengkapan memasak lengkap

* meja makan 6 kerusi

* microwave oven
*cerek air
*peti ais
* rice cooker
*rak


 *Peti Sejuk

 *Mesin Basuh lengkap sabun basuh

 *Dapur Masak dan tong gas
* Pinggan mangkuk
* ada kipas dinding

9. Bilik Air 1

* water heater

* bilik air bersih

10. Bilik Air 2

* ada kolah air (mohon jangan berendam dalam ni)
* air utk reserve jika ada gangguan air

11. Verandah

* kerusi besi 2 unit muat 6 orang tetamu
*ruang luas utk lepak-lepak
* kipas siling
* plug

12. Anjung 1

13. Anjung 2

 14. Ruang Ampaian


* penyidai baju
* kipas siling
* ruang luas

15. Porch Kenderaan


* Ruang parking kenderaan yang luas 
* porch berbumbung boleh muat 3 buah kereta
* parking tak berbumbung muat 4 buah lagi
* pemadam api 1 unit
* rak kasut
* tong sampah hitam

16. Lepak Santai

*
kerusi+meja batu utk lepak bawah pokok


Nota:  
Perincian bagi setiap kemudahan yang disediakan akan dikemas kini di posting yang akan datang dalam sedikit masa lagi.

Berapa sewanya? 
Murah meriah sangat. Cuma RM300 untuk 1 Malam. Deposit RM100 dikenakan untuk sahkan tempahan. Deposit RM100 ini akan dipulangkan selepas Check-out  seacara online transfer jika tiada kerosakan dan tidak merokok di dalam rumah. Bayaran sewa RM300 dibayar semasa daftar masuk.
[Contoh 1 Malam = Daftar Masuk jam 3 petang pada 12/12/2017 kemudian Daftar Keluar jam 12 tengahari pada 13/12/2017]

Berapa sewanya? 
1 malam = RM300

Bila masa daftar masuk dan keluar?
Daftar Masuk (Check In): Jam 3:00 petang hingga jam 10:00 malam.
Daftar Keluar (Check Out):  Sebelum atau selewatnya jam 12:00 tengahari 
Ingatan Mesra: Sila patuhi masa daftar keluar untuk melancarkan kerja-kerja mengemas dan housekeeping.

Sebarang pertanyaan dan tempahan jangan segan-segan hubungi:

 tel/whatsapp: 
013-8505536

Klik je link di bawah utk terus wasap
e-mel: 
alghazalihomestay@gmail.com

page facebook
https://m.facebook.com/alghazalihomestay1/

PERINGATAN MESRA: 
HOMESTAY INI ADALAH HOMESTAY YANG TIDAK BENARKAN MEROKOK DI DALAM RUMAH. MEROKOK DIBENARKAN DI LUAR RUMAH.